Saturday, December 11, 2010

Kejohanan Asia Beach Games, Moscat Oman: Day 3

Laporan Hari Ketiga kejohanan
 
Angin: 6-8 knot
 
Laser Radial
Race 5- Shafiq yang mendahului pada hari kedua mula diawasi oleh pelayar lain.  Pada suatu ketika mereka berdua membuat pusingan petama dikedudukkan ke 10 dan 11 kerana permulaan yang kurang baik.  Atas motivasi yang tinggi, masing- masing telah memintas beberapa pelayar lain untuk menamatkan perlumbaan ditempat ke 4 untuk Shafiq dan ke 8 bagi Harisfabillah.
Race 6- Shafiq pada mulanya berada di kedudukan kedua telah menamatkan perlumbaan di tempat ke 5 kerana menggunakan laluan yang kurang tepat (wrong side).  Manakala Harisfabillah menamatkan perlumbaan di tempat ke 8.  Kedudukan keseluruhan Shafiq masih di tempat pertama dengan 16 mata, kedua Pakistan 18 Mata, ketiga Thailand (Asian Games Gold Medalist) dan Harisfabillah jatuh ditempat ke 5 dengan 29 mata di belakang seorang lagi pelayar Thailand.  Shafiq perlu berhati-hati dengan peningkatan pelayar berpengalaman seperti Thailand dan Pakistan. Beliau perlu menggekalkan kedudukan di tempat 3 teratas untuk kekal mendahului.  Harisfabillah juga mempunyai peluang sama rata  jika dapat meningkat ke tempat ke 3 teratas.  Dengan kata lain, baki 4 lagi perlumbaan akan membolehkan 5 pelayar teratas ini bersaing untuk pingat emas.
 
 
Hobie 16                                
Race 4- Sesuatu yang menakjubkan apabila Firdaus/Jamil berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke tiga iaitu 3 boat length belakang Super Sailor Hobie 16 (Namrong Sak) yang berpengalaman 20 tahun dengan pengendalian Hobie 16 dimana pelayar kita hanya dapat berlatih dan menggenali bot Hobie 2 minggu sebelum kejohanan, itupun atas usaha GM untuk meminjam bot kepunyaan individu di Langkawi. Tq GM
Race 5- Sekali lagi Firdaus /Jamil memilih laluan yang salah menyebabkan mereka menamat perlumbaan di tempat 10.
 
Bagi pelayar W/Surfing, pengalaman bersaing dengan pelayar handalan Asia malah dunia amat bermakna untuk masa depan mereka kelak. 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.