Monday, December 13, 2010

Laporan Harian Seasa Jakarta Day3

Salam,

Pasukan Malaysia khasnya skuad menembak junior menambah lagi koleksi emas mereka dengan tambahan 2 pingat emas menerusi acara 10M Air Pistol Women Junior dan 10M Air Pistol Women Junior Team. Acara lain yang turut dipertandingan pada pagi ini adalah 50M Rifle 3 Position Men dengan jumlah penyertaan seramai 3 orang atlet elit dan 2 orang atlet pelapis kebangsaan yang bertanding atas tiket MQS. Pencapaian terbaik skuad lelaki dalam acara ini adalah mendapat tempat ke-5 menerusi Muhd Zubair Mohammad. Walaupun bertanding atas kuota MQS, 2 atlet pelapis kebangsaan tidak menghampakan keputusan mereka dengan mencatat keputusan yang baik apabila mata tembakan Muhd Hassanul Azhar mengatasi keputusan Mohd Zubair Mohd. Selain itu, Noorerfanni Abd Malick menjadi wakil tunggal penyumbang pingat bagi skuad senior setakat ini dengan meraih gangsa dalam acara 10M Air Pistol Women.

Esok akan berlangsungnya 3 acara iaitu 10M Air Rifle Women, Women Junior dan 25M Pistol Women. Diharapkan semua atlet yang bertanding akan mencapai satu keputusan yang baik.

Sekian, sehingga ketemu lg di lain masa.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.