Tuesday, December 14, 2010

Latihan Conditioning Olahraga 2010

Latihan conditioning atlet-atlet olahraga Pelapis Kebangsaan dan Serantau diadakan di Cameron Highlands pada 13 hingga 23 Disember 2010. Seramai 86 orang jurulatih dan atlet terlibat di dalam latihan ini. Latihan conditioning merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap hujung tahun dan merupakan permulaan latihan dan persediaan bagi menghadapi tahun 2011.

Latihan conditioning ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Serantau yang berpengalaman. Atlet-atlet dibahagikan ke dalam kumpulan mengikut acara masing-masing. Latihan dijalankan sebanyak 3 sesi setiap hari iaitu 2 sesi disebelah pagi dan 1 sesi pada waktu petang.

Latihan conditioning kali ini juga dimeriahkan dengan penyertaan atlet-atlet olahraga dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Keseluruhannya, semua atlet berada dalam keadaan baik dan menjalani latihan ini dengan penuh semangat.


Harun Osman



















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.