Thursday, December 30, 2010

Laporan hari ketiga Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas CarnivalSeries 2010/2011



Laporan hari ketiga Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011

Tarikh:29 Disember 2010

Masa: 3 pm ( 12 pm waktu Malaysia)

Tempat: Devenport Athletic Club, Devonport.

 

RINGKASAN KEJOHANAN

Kejohanan hari ketiga  diadakan di Trek Devenport Athletic Club yang mana keluasan trek500 meter dan mempunyai lampu limpah yang mana kejohanan ini dapat  diadakan sehingga malam.

PENYERTAAN ATLET PELAPIS MALAYSIA.

Hari ketiga kejohanan melibatkan penyertaan 9 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan. Mohd Elmi Jumari yang mengalami kecederaan pada hari kedua turut serta untuk bertanding atas semangat untuk memberi saingan pada kejohanan ini.Atlet-atlet ini juga mendapat bimbing dari jurulatih Malaysia iaitu En. Afandi serta dibantu oleh En. Gary Neiwand dan En Mohammad Zaki selaku mekanik sukan berbasikal pasukan Malaysia. Jurulatih Ghaffuan tidak turut serta pada hari ketiga kerana mengalami masalah kesihatan(demam)

 ACARA YANG DISERTAI.

WOMEN’S LIGHTNING HANDICAP  1 KM (jam 4.02 pm)

Penyertaan pelumba wanita pelapis Malaysia iaitu Ummi Hamimah pada Heat 1 dengan penyertaan 13 pelumba.Ummi Hamimah mendapat tempat ke 7 dan layak ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir beliau hanya menduduki tempat ke 8 dengan penyertaan 14 pelumba.

MEN’S LIGHTNING HANDICAP 1KM (jam 4.10)

Acara ini melibatkan penyertaan 9 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar ,Wan Shazwan Afiq, Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Pelumba perlu menduduki tempat 4 terbaik pada setiap (heat) untuk layak ke peringkat akhir dan pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fauzan , Mohd Elmi Jumari dan Mohd Fakarudin Daud telah berjaya keperingkat akhir. Pada peringkat akhir, Mohd Fauzan pelumba pelapis Malaysia membukti penguasaan dalam acara tersebut dengan memperoleh tempat pertama ( wang tunai $ 270)sekaligus menewaskan pelumba-pelumba handalan yang turut serta seperti Simon Van Velthoven(Sukan Komanwel 2010), Franco Marvulli(Junior World Championship 2010) dan Matt Glaetzer(Junior World Championship 2010). Selain itu, Mohd Elmi Jumari turut memperoleh tempat ke 4( wang tunai $ 30). Penyertaan 20 pelumba pada peringkat akhir.

C GRADE SCRATCH RACE 4 KM(jam 5.48 pm)

Mohd Fauzan dan  Firdaus Suardi bertanding untuk acara ini dengan 8 pusingan. Mohd Fauzan tidak menghabiskan perlumbaan dan Firdaus Suardi memperoleh tempat ke 18 dengan penyertaan 23 pelumba.

B GRADE WOMEN SCRATCH RACE (jam 6.09 pm)

Acara ini melibatkan 7 pusingan trek dengan penyertaan  11 pelumba. Ummi Hamimah memperoleh tempat ke 8.

KEIRIN (jam 6.28 pm)

Penyertaan 4 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Elmi Jumari, Mohd Fakarrudin,  Mohd Zulhelmi dan Wan Syazwan. Dalam acara ini, hanya 2 pelumba terbaik pada setiap heat layak ke peringkat akhir. Mohd Elmi Jumari sekadar memperoleh tempat ke 3 pada heat 1 dengan penyertaan 8 pelumba dan Wan Syazwan memperoleh tempat ke 6 pada heat 3 dengan penyertaan 8 pelumba. Mohd Fakarruddin layak ke peringkat akhir dengan memperoleh tempat ke 2 pada heat 3. Pada peringkat akhir acara Keirin, Mohd Fakarrudin memperoleh tempat ke 4 dengan peyertaan 8 pelumba.

B GRADE SCRATCH RACE( jam 7.29 pm)

Penglibatkan penyertaan 7 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar , dan Wan Shazwan Afiq.  Acara ini melibatkan 10 pusingan trek. Dua pelumba pelapis Malaysia telah menduduki tempat ke 2 dan ke 4 serta memperoleh wang tunai. Mohd Fakarruddin tempat ke 2 dengan wang tunai ( wang tunai $ 160) serta Mohd Elmi Jumari tempat ke 4 dengan( wang tunai $ 50). Penyertaan 21 pelumba.

TOTAL PERFOMANCE SPORT WHEEL RACE 2 KM (jam 8.18 pm)

Acara ini melibatkan 4 pusingan yang mana  4 terbaik pada setiap heat akan terpilih ke peringkat akhir. Pelumba pelapis Malaysia disertai oleh Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar , dan Wan Shazwan Afiq. Hanya seorang pelumba yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Amirul Anuar yang mana beliau telah mendapat tempat pertama pada heat 1 dan layak ke peringkat akhir. Pada jam 9.30 pm, acara akhir bermula dan Amirul Anuar memperoleh tempat ke 7. Penyertaan 20 pelumba pada peringkat akhir.

 RUMUSAN

Kejohanan pada hari ini melibatkan 3 pelumba pelapis Malaysia yang memperoleh wang tunai iaitu Mohd Fauzan (MEN’S LIGHTNING HANDICAP 1KM ) tempat pertama $ 270, Mohd Elmi Jumari (MEN’S LIGHTNING HANDICAP 1KM ) tempat ke 4 $ 30 dan (B GRADE SCRATCH RACE) tempat ke 4$ 50.  Mohd Fakarruddin (MEN’S LIGHTNING HANDICAP 1KM) tempat kedua  $ 160. Kejohanan tamat pada jam 10 malam.

 

Sekian laporan dari Tasmania.



--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.