Sunday, November 30, 2014

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI KETIGA


Hari ini telah masuk hari ketiga Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 berlangsung. Seperti hari-hari sebelum ini pertandingan telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Namun pada sebelah petang pertandingan tidak dapat diteruskan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan dan boleh membahayakan pelumba-pelumba.

Pada sebelah pagi telah berlangsung beberapa acara dan cuaca yang baik sedikit sebanyak membantu para pelumba bagi mendapatkan keputusan yang baik. Namun begitu, terdapat beberapa orang atlet yang terjatuh dan hanya mengalami kecederaan ringan ketika perlumbaan bagi acara elimination race. Berikut adalah keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan hari ini:

2km Individual Pursuit lelaki akhir 16-18 tahun

1.Azli Najmi Zulkifli-KL 2:30.937
2.Eiman Firdaus-PK 2:31.987
3.Muhd Daniel Haikal-PK 2:36.800

2km Individual Pursuit lelaki akhir bwh 15 tahun

1.Muhamad Nur Aiman Rusli-Jhr2:35.696
2.Wan Abd Rahman-Trg 2:40.487
3.Syafiq Fadhil Baqi-Swk 2:46.099

Elimination Race Pusingan Kelayakan (12 org layak ke akhir)

1.Muhd Akmal Zaidi-KL
2.Muhd Harith Arif-Prk
3.Nor Fahme-Prk
4.Mohamad Mahathir-Prk
5.Mohd Firdaus-Slgr
6.Aiman Hakimi-Straleader
7.Syafiq Fadhil Baqi-Swk
8.Muhd Nur Aiman Zulbahrain-Jhr PPS
9.Arif Redzuan-PLN Trg
10.Mohd Mujahid-Kdh
11.Wan Abd Rahman-Trg
12.Muhd Amirul Eirfan-Kltn

Perlumbaan terpaksa dihentikan pada sebelah petang kerana hujan lebat dan akan bersambung pada keesokan hari bermula jam 8.30 pagi.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.