Wednesday, November 12, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014 : HARI KEEMPAT

Masuk hari keempat Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan perhimpunan pagi dimana atlet-atlet berhimpun dan menyanyikan lagu negaraku serta doa pagi. Regangan badan juga dilakukan sebagai persediaan kepada mini pertandingan yang akan diadakan di Batu Gajah, Perak.

Selepas bersarapan atlet telah bergerak dari Hotel Fair Park ke Batu Gajah bagi menyertai Mini Pertandingan bagi acara Individual Time Trial dan 500m Sprint. Dalam kedua-dua acara ini masih terdapat banyak kekurangan yang terdapat pada atlet wanita dari segi teknik tunggangan dan kecergasan fizikal. Bagaimanapun semua atlet telah berjaya menghabiskan perlumbaan dengan selamat. Berikut adalah keputusan bagi kedua-dua acara ini:

500m Women Sprint
1)Ezatie Fifiyana Shahzwanie-ASZU
2)Zulaikha bt Yusof-Trg
3)Fatin Najiha bt Halim-Png

Individual Time Trial 2km
1)Ezatie Fifiyana Shahzwanie-ASZU
2)Siti Zulaikha bt Hamdan-Jhr
3)Nur Fasihah bt Mohd Yusni-Sel

Pada sebelah petang aktiviti bersambung dengan sesi ceramah tentang Persediaan Mental yang dikendalikan oleh En.Khairul Faizi iaitu seorang JPM sukan tenpin boling Perak yang mana juga seorang penceramah yang berpengalaman. Banyak perkara yang telah disentuh oleh penceramah tentang bagaimana persediaan seseorang atlet sebelum dan semasa menghadapi kejohanan. Setelah tamat ceramah, jurulatih telah menyediakan 'Mini Games' bagi melihat keupayaan atlet mengawal dan mengendalikan basikal. Aktiviti kem tamat pada sebelah petang dan akan disambung pada keesokan harinya.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.