Saturday, November 15, 2014

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON PUSINGAN AKHIR 2014

13 November 2014 (Khamis)

Hari ini merupakan pergerakan pegawai Cawangan Pelapis dan USPTN ke lokasi Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Pusingan Akhir 2014 iaitu Kuantan, Pahang yang akan berlangsung bermula 14 sehingga 15 November 2014. 14 buah negeri telah mula berkampung di Kuantan dimana mesyuarat telah pun bermula pada hari ini. 

Berikut merupakan lokasi mesyuarat bagi persiapan Kejohanan Peringkat Zon (Pusingan Akhir) 2014 :

1) Angkat berat - Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Pahang (8.00 pm)
2) Akuatik Terjun - Kompleks Sukan Akuatik, Wisma Belia (5.00 pm)
3) Gimnastik Artistik - Bilik Mesyuarat ISN, Gimnasium SUKPA (8.00 pm)
4) Memanah - Bilik Mesyuarat Sk Sg Talam (3.00 pm)
5) Menembak - Bilik Mesyuarat Lapang Sasar Menembak (8.00pm)
6) Sepak takraw - Bilik Kuliah Asrama SUKPA (8.00pm)
7) Tinju - Dewan Rekreasi Majlis Sukan Pahang (8.00 pm)
8) Olahraga - Stadium Darul Makmur (5.00 pm)

Manakala para atlet pula giat menjalankan latihan terakhir sebelum kejohanan bermula. Kejohanan dijadualkan akan berlangsung di lokasi-lokasi berikut : 

1) Menembak - Kompleks Sukan Pahang
2) Memanah - Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Talam) 
3) Angkat Berat - Dewan Latihan Angkat Berat Sukpa.
4) Gimnastik - Gimnasium Sukpa
5) Tinju - Gelanggang TerbukaSukpa
6) Sepak Takraw - Dewan Persatuan Badminton Indera Mahkota
7) Olahraga - Stadium Darul Makmur
8) Akuatik Terjun - Kompleks Renang Majlis Perbandaran Kuantan

Kejohanan ini akan disertai oleh atlet-atlet di bawah Progam Pelapis kesinambungan dari Kejohanan Peringkat Zon iaitu Zon Utara, Selatan, Pantai Timur, Tengah dan Borneo. 

Sebanyak 621 jumlah pingat ditawarkan pada kali ini dimana atlet-atlet yang menyertai merupakan himpunan pemenang pingat emas dan perak yang bertanding di peringkat zon masing-masing yang berlangsung dua sirkit pada Mac dan Jun yang lalu.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.