Wednesday, November 19, 2014

BENGKEL PENGUKUHAN JURULATIH PELAPIS NEGERI 2014

18 November 2014 (Selasa)

Pada hari ini, Bengkel Pengukuhan Pelapis Negeri 2014 telah berlangsung buat pertama kalinya sejak tahun 2007 dimana bengkel ini mengumpulkan semua jurulatih Sepenuh Masa dan Sambilan dari serata Pusat Latihan Negeri di Malaysia.

Bengkel ini diadakan bermula dari 18 sehingga 20 November 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 222 jurulatih yang telah hadir awal dari semua negeri. Selain daripada pengurus-pengurus Pelapis Negeri, beberapa Pengurus dari Pelapis Kebangsaan dan Serantau turut hadir untuk memberi sokongan kepada program ini.

Hari pertama dilaksanakan dengan sesi pertama bersama Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin. Dalam sesi ini para jurulatih diterangkan dengan hala tuju haluan serta program Pelapis secara keseluruhannya. Seterusnya sesi bersama wakil dari Akademi Jurulatih Kebangsaan iaitu En.Vivikananda A/L K. Manian. Antara yang diterangkan kepaa para jurulatih dalam sesi ini adalah berkenaan dengan skim gaji jurulatih, kelayakan menjadi seorang jurulatih dan kursus-kursus yang diambil sebagai seorang jurulatih. 

Pada sebelah malam pula diteruskan dengan sesi bersama Ketua Unit Pelapis Negeri, En. Rashid Ramli. Beliau menerangkan berkenaan perjalanan program di Pelapis Negeri secara amnya dan bantuan kewangan yang diberikan kepada jurulatih serta atlet. Sesi pada hari yang pertama berakhir pada jam 10.00 malam dan akan disambung semula esok pada jam 8.30 pagi.

LAPORAN OLEH, 
Nency Eve

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.