Friday, November 7, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 2/ 2014 : HARI KEEMPAT

6 November 2014 (Khamis)

Hari ini masuk hari keempat Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 2/2014. Seperti biasa latihan dijalankan seawal 8.00 pagi di Pusat Akuatik Negeri, Paroi. Antara latihan yang dijalankan ialah :

1) Forward Jump
2) Back Jump
3) Forward (pike) Entry Standing Position
4) Entry Simulation

Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan mini antara atlet yang menyertai kem. Pertandingan mini ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita 1m Papan Anjal serta Lelaki dan Wanita 3m Papan Anjal. Jurulatih Pelapis Kebangsaan Yeoh Ken Nee bersama dua lagi PPN iaitu En. Latif dan Puan Intan dipilih untuk menjadi juri pertandingan. Ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada PPN sukan terjun dalam mengenali sukan di bawah seliaan mereka. Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin bersama Ketua Unit Pelapis Serantau Encik Megat Ahmad Kusyairi turut hadir memberikan sokongan.

Kem kali ini sekali lagi mendapat kejutan apabila Mohd Amsyar datang melawat para atlet bersama Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong Pamg, sekaligus menjadi juri bagi acara 3m Papan Anjal. Ini sedikit sebanyak memberi galakkan serta motivasi kepada para atlet-atlet muda ini untuk memberikan yang terbaik. Ibu bapa turut memberi sokongan kepada program ini dengan hadir menyaksikan prestasi anak-anak mereka. Mini pertandingan selesai pada jam 6.30 petang lewat daripada jangkaan masa akibat hujan lebat di lokasi pertandingan.

Sebelah malam pula diadakan BBQ bersama Pengarah Cawangan, jurulatih, pegawai serta atlet. Tidak ketinggalan atlet kebangsaan negara Pandelela Rinong dan Mohd Amsyar. Penyampaian hadiah dan persembahan dari para atlet turut diselitkan dalam sesi BBQ ini.  Berikut adalah keputusan Pertandingan Mini yang telah berlangsung petang tadi :

1m Papan Anjal 

Lelaki
1) Betrand Rhodict - Sarawak (64.5)
2) Awang Mohd Sharszan Fyirman - Sarawak (57.0)
3) Meor Shazwan Arif - Perak (56.0)

Wanita
1) Eilisha Rania - Sarawak (60.5)
2) Ong Jia Le - WPKL (60.5)
3) Nur Alya Jesmina - Selangor (60.0)

3m Papan Anjal

Lelaki
1) Betrand Rhodict - Sarawak (96.5)
2) Awang Mohd Sharszwan Fyirman - Sarawak (91.5)
3) Tan Cyzn Yein - Selangor (83.5)

Wanita
1) Ong Jia Le - WPKL (95.5)
2) Eilisha Rania - Sarawak (87.5)
3) Nurul Najihah - Sabah (81.5)

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.