Wednesday, November 5, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/ 2014 : HARI KEDUA

4 November 2014 (Selasa)

Hari ini merupakan hari kedua berlangsungnya Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 2/ 2014. Antara negeri yang menyertai ialah WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

Aktiviti pertama pada hari kedua ialah Ujian Kecergasan yang dikendalikan oleh Pegawai Institut Sukan Negara bersama Pusat Satelit ISN di Seremban. Sesi pemanasan badan pagi bermula pada jam 8.00 pagi dikendalikan oleh para jurulatih dengan bantuan oleh atlet-atlet dari USPTN Sarawak. 

Pada sebelah petang pula para jurulatih menjalankan latihan asas di Pusat Akuatik Negeri. Antara tujuan latihan pada kem kali ini ialah persediaan para atlet ke arah Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 di Kuantan, Pahang nanti.

Manakala sebelah malam pula ialah sesi Psikologi bersama Dr. Mazlan Ismail seorang pensyarah di UiTM Seremban 3. Dalam sesi ini, para atlet didedahkan dengan klip-klip video penerjun bertaraf antarabangsa dan beberapa aktiviti lain. 

Aktiviti hari kedua berakhir pada jam 10.00 malam. Esok sesi latihan akan diteruskan pada jam 8.00 pagi di Pusat Akuatik Negeri, Paroi.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.