Tuesday, November 11, 2014

PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 11 November 2014 (Selasa)

Masa : 8.30 Pagi hingga 2.15 Petang
Tempat : Sek Keb Machang Bubok


Kehadiran : 1 Pegawai, 2 Jurulatih, 5 Atlet Angkat Berat dan 135 orang pelajar 4,5 & 6.

Sukan Terlibat : Angkat Berat



Program pencarian bakat baru (TID) sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 11 November 2014. Seramai 135 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 4,5 dan 6 sekolah berkenaan. Bagi sukan Angkat Berat, ia merupakan siri lanjutan program yang diadakan pada hari TID yang lepas dan program kali ini tertumpu kepada pemilihan atlet bawah 12 tahun.



Program dimulakan dengan penerangan sukan Angkat Berat dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Murid-murid diberi penerangan mengenai program Pelapis Negeri dan bagaimana untuk memulakan kerjaya sebagai atlet pelapis negeri seterusnya ke peringkat lebih tinggi.



Didalam sesi taklimat mengikut sukan, jurulatih menerangkan secara ringkas keperluan-keperluan yang penting mengikut sukan masing-masing. Diikuti dengan sesi demonstrasi dan sesi ujian angkatan bagi murid-murid yang baru. Semasa sesi pemilihan, jurulatih ada menilai kompisisi badan untuk menjadi seorang atlet Angkat Berat.



Seramai 10 orang murid bawah 12 tahun (Sukan Angkat Berat) telah disenarai pendek untuk mengikuti ujian seterusnya yang akan diadakan di Pusat Latihan secara berkala dan berperingkat. Nama yang terpilih akan diserap terus kedalam program dan akan memulakan latihan sekitar Disember 2014. Program tamat pada jam 2.15 petang.

Laporan Oleh,
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh​

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.