Wednesday, November 26, 2014

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI PERTAMA

Pada hari ini satu Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 telah dijalankan pada pukul 5.30 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Muhamad Ridzuan b. Muhamad Yunus dari Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara Malaysia dan dibantu oleh En.Syamsul dari Persatuan Tinju Malaysia. 


Pada kejohanan kali ini sebanyak 14 buah pusat latihan negeri bagi sukan tinju dari seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan yang akan berlangsung selama 4 hari bermula esok 26 November 2014. Sebanyak 3 kategori umur telah dipertandingkan kali ini iaitu 13-14 tahun, 15-16 tahun dan 17-18 tahun di mana menyaksikan penyertaan dari peninju Pelapis Serantau dan juga jemputan khas dari negara Singapura. Berikut adalah statistik penyertaan bagi setiap kategori umur pada kejohanan kali ini:

13-14 thn-55 orang
15-16 thn-72 orang
17-18 thn-25 orang
Jumlah- 152 orang

Pada keesokan hari dijadualkan sesi timbang berat badan akan bermula jam 8.00 pagi dan diikuti dengan pemeriksaan perubatan dan undian. Perlawanan akan berlangsung pada jam 2.00 petang dan dijangka tamat pada lewat petang.

LAPORAN OLEH, 
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.