Saturday, November 15, 2014

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON (PUSINGAN AKHIR) 2014

14 November 2014 (Jumaat)

Semalam telah berlangsung mesyuarat Kejohanan Pelapis Peringkat Zon (Pusingan Akhir) 2014. Hari ini diteruskan dengan pertandingan bagi sukan-sukan yang terlibat iaitu angkat berat, akuatik terjun, memanah, menembak, gimnastik artistik, olahraga, tinju dan sepak takraw.

Bersempena dengan kejohanan kali ini, Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil. 3 juga telah diadakan yang mana dihadiri seramai 14 orang pegawai dari Cawangan Pelapis dan 14 orang Ketua Unit Negeri. 

Manakala pada sebelah petang pula, pemantauan ke lokasi-lokasi pertandingan adalah seperti yang berikut :

1) Sukan Angkat Berat
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat SUKPA
Penyertaan : 96 lelaki dan 29 perempuan (Keseluruhan 125 orang atlet)

2) Sukan Akuatik Terjun
Tempat : Kompleks Renang Majlis Perbandaran Kuantan
Penyertaan : 24 lelaki 18 perempuan (keseluruhan 42 orang atlet)

3) Sukan Gimnastik Artistik
Tempat : Gimnasium SUKPA 
Penyertaan : 67 lelaki dan 34 perempuan (101 orang atlet)

4) Sukan Menembak 
Tempat : Kompleks Sukan Pahang
Penyertaan : 35 lelaki dan 31 perempuan (Keseluruhan 66 orang atlet)

5) Sukan Olahraga
Tempat : Stadium Darul Makmur
Penyertaan : 98 lelaki dan 81 perempuan (179 orang atlet)

6) Sukan Sepak Takraw
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Indera Mahkota
Penyertaan : 184 orang atlet lelaki

7) Sukan Memanah
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Talam
Penyertaan : 82 lelaki dan 56 perempuan ( Keseluruhan 138 orang atlet)

8) Sukan Tinju
Tempat : Gelanggang Terbuka SUKPA
Penyertaan : 64 

Keseluruhan penyertaan adalah seramai 953 orang atlet di bawah Program Pelapis yang mana pada peringkat ini atlet mewakili zon masing-masing dan bukan mengikut negeri. Berikut adalah pembahagiaan negeri mengikut Zon :

1) Zon Tengah : Selangor, Perak dan WP Kuala Lumpur
2) Zon Timur : Kelantan, Terengganu dan Pahang
3) Zon Selatan : Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
4) Zon Utara : Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
5) Zon Borneo : Sabah, Sarawak dan WP Labuan

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.