Thursday, November 13, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014-HARI KELIMA

Salam 1 Malaysia

Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 telah masuk hari kelima di mana atlet-atlet masih begitu bersemangat bagi meneruskan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Seperti kebiasaan pada awal pagi atlet-atlet dan jurulatih berhimpun menyanyikan lagu negaraku dan melakukan regangan badan sebelum begerak ke dewan Majlis Sukan Negeri Perak.

Pada hari ini telah dijalankan ujian kecergasan kepada para peserta yang dikendalikan oleh Unit Sains Sukan Perak. Sebanyak 8 ujian telah dijalankan dan atlet telah memberi kerjasama yang cukup baik disamping menunjukan kesungguhan semasa ujian dijalankan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika ujian kecergasan dijalankan. Berikut adalah antara ujian yang dilakukan:

1. Height
2. Weight
3. Sit & Reach
4. Vertical Jump
5. 1 minute push up
6. 1 minute sit up
7. T Test
8. Beep Test

Pada sebelah petang satu sesi ceramah tentang Pemakanan Dalam Sukan telah dikendalikan oleh En.Pubalan dari Unit Sains Sukan Negeri Perak. Sesi ceramah ini lebih menjurus kepada sukan berbasikal sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang akan datang. Sejurus tamat sesi ceramah, atlet-atlet telah melakukan latihan asas seperti membelok, membrek dan mengawal basikal. Permainan tambahan juga disediakan kepada atlet bagi menguji kemampuan atlet.

Pihak MSN juga telah menjemput penceramah dari Pusat Satelit Institut Sukan Negara Perak bagi memberikan ceramah bertajuk 'Motivation Factor' kepada semua peserta. Penceramah juga telah menayangkan video-video bagi memberi motivasi kepada atlet agar atlet-atlet tidak mudah berputus asa. Ceramah telah tamat pada jam 10.30 malam dan aktiviti seteerusnya akan bersambung pada keesokan harinya.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.