Thursday, November 13, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI TERAKHIR

12 November 2014

Hari terakhir kem bermula pada jam 8:30 pagi dengan sesi Rumusan Kem oleh En. Muhammad Marbawi Sulaiman dan En. Norizam Ishak, Ketua Jurulatih Kem Bakat. Dalam rumusan yg telah diberi, rata-rata atlet tidak mempunyai daya ketahanan mental dan fisikal yang kuat untuk menghadapi latihan yang intensif. Sebelum menutup rumusan, Coach Marbawi telah melaksanakan satu motivasi "Pengorbanan Ibubapa". Disini atlet dilayan dengan lagu  Alif Ba Ta dan coach minta atlet untuk menghayati pengorbanan ibubapa..membesar, ambil mereka dari sekolah, bagi mereka makan dan jaga mereka semasa sakit dan mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

Selepas rumusan oleh ketua jurulatih, Penutupan Rasmi Kem Bakat Sukan Memanah Pelapis Negeri Siri 2/2014 telah disempurnakan oleh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis pada jam 11:30 pagi. Dalam ucapan beliau, beliau menyarankan kepada semua atlet-atlet kem agar balik ke negeri masing-masing dan berlatih bersungguh-sungguh agar satu hari dapat mewakili negara ke Kejohanan Antarabangsa seperti "Youth Olympic Games", "Asian Youth Games" dan Sukan SEA. Turut serta bersama dalam Majlis Penutupan Kem adalah En. Megat Ahmad Kushairy Abdul Aziz, Ketua Unit Pelapis Serantau dan En. Rashid Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri. Acara tamat pada jam 12:00 dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua atlet dan jurulatih yang terlibat serta penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mini. Keputusan pertandingan mini adalah berikut:

Jarak Double 30m (Lelaki)
1. Muhd Syauqi bin Azmi (Sabah) - 1315
2. Cheah Ken Shern (Perak) - 1268
3. Ahmad Zuldanial Zulkifli (Terengganu) - 1266
4. Mohd Khairul Amirin (Perlis) - 1265
5. Muhammad Amirul Hazim (Pahang) - 1259
6. Muhd Sallehuddin (Johor) - 1245
7. Mohd Fitri bin Kaharulzaman (Perak) - 1244
8. Amsyar Syahmi (Kedah) - 1244
9. Ruzaini Rafiuddin (Sabah) - 1212
10. Aidil Haikal Biamin (Terengganu) - 1202
11. Muhd Fariz Akimi (N. Sembilan) - 1197
12. Mohd Jamil Shah (Selangor) - 1180
13. Ahmad Abdillah (P. Pinang) - 1116
14. Kamal Akashah Che Kamaruddin (Selangor) - 1113
15. Muhammad Arief Haikal (Johor) - 1037
16. Abg. Haikal Najmie (Sarawak) - 976
17. Ismael bin Rosbi (Johor) - 891

Jarak Double 30m (Wanita)
1. Mimi Raihan Yazid (N. Sembilan) - 1248
2. Nur qilah Yusof (Terengganu) - 1230
3. Norika Nazri (Melaka) - 1205
4. Nur Ain Shafinaz (Kedah) - 1198
5. Khairunnisa Abdul Rahman (Melaka) - 1188
6. Anastasia Ceria Echoin (Pahang) - 1158
7. Kayalvhily (P. Pinang) - 1146
8. Siti Aishah Basirah Ishak (Perlis) - 1142
9. Nurin Sofiya Ahmad Shukor (P. Pinang) - 1083
10. Nur Farhana Fadill (Selangor) - 1043
11. Siti Nurafiqah Ilyana (Selangor) - 936
12. Nur Azwanie Mokhtar (Pahang) - 745
13. Inka Cristie Stephen (Sabah) - 390 (skor pagi sahaja)
14. Hennie Grace Donny (Sabah) - 234 (skor pagi sahaja).


Laporan
Giam Fook Pang
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.