Monday, November 10, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/ 2014 : HARI KEDUA

Hari kedua Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 telah bermula seawal jam 6.30 pagi dengan aktiviti perhimpunan pagi. Setiap pagi atlet-atlet diajar untuk menyanyikan lagu negaraku diiringi dengan bacaan doa. Sebelum tamat sesi perhimpunan pagi atlet melakukan sedikit regangan badan bagi memastikan atlet sentiasa cergas dalam melakukan segala aktiviti.

Aktiviti seterusnya telah bermula pada jam 8.00 pagi bagi sesi Pengenalan Sukan Berbasikal yang dikendalikan oleh Jurulatih Pelapis Negeri dari Kedah iaitu En.Ghaffuan Ghazali dan sesi seterusnya sesi 'Bike & Care' yang dikendalikan oleh Cikgu Suod Hussain dari Jurulatih Pelapis Kebangsaan. Kedua-dua sesi ini lebih banyak memberi ilmu pengetahuan asas bagi sukan berbasikal di mana kebanyakan atlet masih lagi tidak didedahkan dengan cara pengendalian dan penjagaan basikal dengan betul. Sesi praktikal juga telah dilakukan sejurus tamat sesi teori berkenaan penjagaan dan pengendalian basikal.

Sebelah petang pada jam 2.30 petang aktiviti telah bersambung dengan sesi ceramah bertajuk 'Anatomi Basikal' yang telah dikendalikan juga oleh Cikgu Suod Hussain. Sesi ini banyak menerangkan tentang peralatan-peralatan yang terdapat pada basikal road race mahupun basikal track. Aktiviti petang diteruskan lagi dengan sesi 'Cycling & Skills' yang telah dikendalikan oleh En.Mohd Azri b Yusoh iaitu Jurulatih Pelapis Kebangsaan. Atlet-atlet banyak mempelajari kemahiran-kemahiran seperti teknik membelok, membrek, memecut dan mengawal basikal dengan betul.

Pada sebelah malam satu sesi tayangan video berkenaan atlet-atlet pelapis kebangsaan dan elit negara ketika menyertai kejohanan dalam dan luar negara telah ditunjukan kepada semua peserta kem. Sesi ini adalah bagi memberi motivasi kepada atlet untuk terus berjaya pada masa hadapan.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.