Thursday, November 20, 2014

BENGKEL PENGUKUHAN JURULATIH PELAPIS NEGERI 2014

20 November 2014 (KHAMIS)

Hari ini Bengkel Pengukuhan Jurulatih Pelapis Negeri 2014 telah pun menutup tirainya dimana sesi pagi telah diadakan sesi Soal Jawab bersama Pengarah Cawangan Pelapis bersama Ketua-Ketua Unit dan Pengurus Sukan Cawangan Pelapis. Sesi ini mendapat sambutan dan maklum balas yang agak memberansangkan daripada para jurulatih di Pelapis Negeri. Pelbagai soalan dan cadangan dapat diajukan terus kepada pihak Cawangan.

Majlis Penutupan bengkel berlangsung pada jam 11.00 pagi oleh YBHG Dato' Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia. Di dalam ucapan beliau, Dato' Seri menggalakan kepada para jurulatih agar meneruskan usaha mengembangkan bakat atlet-atlet muda lebih-lebih lagi di peringkat akar umbi di negeri.

Selesai majlis penutupan, satu sesi bergambar bersama DSKP telah diadakan dimana ramai jurulatih mengambil kesempatan untuk berjumpa dan bergambar bersama beliau. Bengkel berakhir pada jam 2.00 petang setelah makan tengahari dan check out penginapan.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.