Wednesday, November 12, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI KELIMA

11 November 2014

Hari kelima kem bakat bermula dengan Perhimpunan Pagi dan regangan otot sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.

Selepas sarapan pagi pada jam 8:30 pagi bermula 'latihan rasmi' sebelum pertandingan mini dijalankan pada jam 9:00 pagi. Jarak yang dipertandingan untuk Pertandingan Mini ini adalah jarak Double 30m. Aktiviti sebelah pagi tamat pada jam 12:30 tengahari. Pertandingan Mini bersambung pada jam 2:30 dengan jarak Double 30m & Double 50m sehingga jam 6:30 petang.

Pada sebelah malam pula diteruskan dengan sesi bersama Ikon Memanah. Pihak urusetia berbangga mendapat En. Haziq Kamaruddin dan En. Atiq Basil, Pemenang Pingat Perak Berpasukan Sukan Asia Incheon 2014 untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang karier mereka dalam Sukan Memanah bersama-sama atlet kem bakat ini. Esok dijadualkan berlangsung hari terakhir kem dan penutupan akan diadakan pada jam 11:00 pagi.

LAPORAN OLEH,
Giam Fook Pang
Pengurus Sukan Pelapis Negeri

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.