Sunday, November 9, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014 : HARI PERTAMA

Pada hari ini 8 hb November 2014 Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara telah menganjurkan satu Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 bagi atlet wanita di negeri Perak Darul Ridzuan di mana kem yang sebelum ini untuk atlet lelaki telah dijalankan di negeri Perlis pada bulan Oktober yang lalu. Tujuan kem ini dijalankan adalah bagi mengetengahkan lagi bakat-bakat atlet wanita ke peringkat yang lebih tinggi disamping memberi ilmu pengetahuan tentang sukan berbasikal.

Seramai 28 daripada 30 atlet yang terpilih dari 14 buah pusat latihan negeri dari seluruh Malaysia telah hadir ke kem bakat ini. Manakala seramai 8 orang jurulatih pelapis negeri, 2 jurulatih pelapis kebangsaan, seorang jurulatih pelapis serantau dan 4 orang pegawai pembangunan negeri turut terlibat bagi menjayakan kem bakat ini. Kem bakat berbasikal ini akan diketuai oleh jurulatih pelapis kebangsaan iaitu Cikgu Suod sepanjang 6 hari kem ini berlangsung.

Pada hari pertama kem, sesi taklimat program telah bermula pada jam 3.30 petang di mana Cikgu Suod banyak menyentuh tentang pengisian program serta aktiviti yang bakal dilalui oleh atlet sepanjang kem berlangsung. Jurulatih juga banyak menekankan isu keselamatan dan disiplin semasa berada di kem.

Pada sebelah malam, satu sesi 'Ice Breaking' telah dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri dari USPTN Selangor iaitu En.Abd Latif. Kerjasama dan komitmen yang baik telah ditunjukan oleh atlet serta jurulatih dan atlet dilihat begitu teruja dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Aktiviti telah tamat pada jam 10.00 malam dan aktiviti seterusnya akan disambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.