Friday, November 28, 2014

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 3/2014 : HARI KETIGA

27 November 2014

Hari ini masuk hari ketiga pertandingan dijalankan dan seperti biasa pertandingan dimulakan dengan Latihan Rasmi seawal-awal jam 8:00 pagi. Peruntukkan masa 45 minit sehingga 8:45 pagi diberi kepada semua atlet untuk melakukan Latihan Rasmi.

Pertandingan dengan secara rasmi bermula tepat pada jam 9:00 pagi dan jarak yang dipertandingkan adalah jarak 50m (Junior Men) & jarak 40m (Cadet Women). Selepas itu, pada jam 10:45 pagi pula dijalankan bagi jarak 30m untuk kedua-dua kategori (Junior Men & Cadet Women). Pertandingan di sebelah pagi tamat pada jam 12:15 tengahari.

Pada jam 14:00 petang telah berlangsung penyampaian pingat bagi acara yang telah dipertandingkan semalam iaitu Jarak 90m & 70m (Junior Men), Jarak 60m & 50m (Cadet Women), Jarak 70m & 60m (Junior Women) dan Jarak 70m & 60m (Cadet Men). Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh YBhg Dato' HJ Abdul Hamid,  Timbalan Presiden Persatuan Memanah Malaysia.

Pertandingan sebelah petang sepatutnya bermula sejurus selepas penyampaian hadiah pingat terpaksa ditangguh seketika kerana hujan turun dengan lebat dan berkilat. Pihak Persatuan juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Lahir YBhg Dato Hj Abdul Hamid,  Timbalan Presiden Persatuan Memanah Malaysia yang jatuh pada hari ini (27 November 2014).

Latihan Rasmi terpaksa bermula pada jam 14:45 petang dan pertandingan rasmi bermula jam 15:15 petang. Acara yang dipertandingkan pada sebelah petang ialah Jarak 50m (Junior Women & Cadet Men) dan Jarak 30m (Junior Women & Cadet Men). Pertandingan tamat pada jam 6:15 petang.

Keputusan Rasmi

Recurve Junior Men (KAT I)

Jarak 50m
1. Nazir Omar (PK) - 323
2. Muhd Zulhafiz (PK) - 318
3. Ariffuddinnur (PK) - 317
4. Muhd Zarif Syahir (PK) - 316


Jarak 30m
1. Muhd Zarif Syahir (PK) - 347
2. Nazir Omar (PK) - 344
3. Muhd Zulhafiz (PK) - 342
4. Mohd Razif (Politeknik SP) - 341

Recurve Cadet Men (KAT II)

Jarak 50m
1. Muhd Zaiman (K. Kangsar) - 302
2. Muhd Jamil Shah (Selangor) - 297
3. Kamal Akashah (Selangor) - 295
4. Ahmad Zuldanial (Terengganu) - 293


Jarak 30m
1. Muhd Jamil Shah (Selangor) - 338
2. Calar Lean (Perak) - 332
3. Kamal Akashah (Selangor) - 329
4. Muhd Amiruddin (Perak) - 327


Recurve Junior Women (KAT I)

Jarak 50m
1. Nur Syuhaidah (PK) - 293
2. Farwizah (PK) - 289
3. Nuramalia Haneesha (PK) - 275
4. Loh Yan (K. Lumpur) - 273


Jarak 30m
1. Nur Syuhaidah (PK) - 337
2. Nuramalia Haneesha (PK) - 324
3. Nur Aqilah (Terengganu) - 322
4. Bur Annisaa (Pahang) - 318

Recurve Cadet Women (KAT II)

Jarak 40m
1. Priyaswary (P. Pinang) - 294
2. Siti Nur Afiqah Ilyana (Selangor) - 291
3. Nurin Sofiya (P. Pinang) - 290
4. Mas Aishah (SSM Pahang) - 286


Jarak 30m
1. Nurul Hana (MAHA) - 314
2. Nurul Nabilah (Perlis) - 310
3. Siti Nur Afiqah Ilyana (Selangor) - 308
4. Priyaswary (P. Pinang) - 308


Keseluruhan Individu (1440 Round)

Recurve Junior Men (KAT I)
1. Muhd Zarif Syahir (PK) - 1256
2. Nazir Omar (PK) - 1254
3. Ariffuddinnur (PK) - 1247
4. Muhd Akmal (PK) - 1235


Recurve Cadet Men (KAT II)
1. Muhd Jamil Shah (Selangor) - 1255
2. Ahmad Zuldanial (Terengganu) - 1211
3. Calar Lean (Perak) - 1209
4. Kamal Akashah (Selangor) - 1205


Recurve Junior Women (KAT I)
1. Nur Syuhaidah (PK) - 1209
2. Farwizah (PK) - 1184
3. Nuramalia Haneesha (PK) - 1161
4. Nur Adlina (Selangor) - 1113


Recurve Cadet Women (KAT II)
1. Mas Aishah (SSM Pahang) - 1183
2. Nurul Hana (MAHA) - 1172
3. Fatin Izzatie (SSM Pahang) - 1164
4. Aliah Mohd Nor Hasni (Kedah) - 1164


Tahniah diucapkan kepada pemanah-pemanah Pelapis Kebangsaan yang menguasai kategori Junior Men dan Women. Acara yang akan dipertandingkan esok adalah Pusingan Olimpik bagi kesemua kategori mulai jam 8:00 pagi.

Laporan Oleh,
Giam Fook Pang
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.