Sunday, November 30, 2014

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI TERAKHIR

Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014. Kejohanan ini juga adalah kejohanan yang terakhir bagi tahun ini untuk acara trek yang akan membuka lembaran baru pada tahun hadapan. Perlumbaan pada hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan telah tamat pada pukul 12.00 tgahari.

Beberapa acara akhir telah berjalan pada hari ini yang mana telah menyaksikan penguasaan yang ditunjukan oleh pasukan dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau. Walaubagaimanapun persaingan yang sengit yang ditunjukan oleh atlet dari program Pelapis Negeri dalam acara seperti Elimination Race telah membuktikan program berbasikal di peringkat negeri sedikit sebanyak telah menampakan hasil dalam mencari pengganti Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustafa. Berikut adalah keputusan bagi hari terakhir kejohanan:

Keirin Wanita Akhir 16-23 tahun
1.Farina Shawati-PK
2.Nurul Alissa Mohd Azman-PK
3.Noraidillina Adila-KL

Keirin Lelaki Akhir 16-18 tahun
1.Mohamad Shariz Afendi-PK
2.Mohd Khairil Nizam-PK
3.Mohd Firdaus Hadi-PS

Elimination Race Wanita bwh 15 tahun
1.Nuraina Syarah Amran-PS
2.Nurul Najwa Fauzi-Phg
3.Ezatie Fifiyana-PS

Elimination Race Lelaki bwh 15 tahun
1.Wan Abd Rahman-Trg
2.Muhamad Faiz-Kdh
3.Muhamad Nur Aiman-Jhr

Sprint Wanita Akhir 16-23 tahun
1.Farina Shawati-PK
2.Anis Amira Rosidi-PK
3.Nur Azrena Ahmad Jumry-PK

Sprint Lelaki Akhir 16-18 tahun
1.Mohamad Shariz Afendi-PK
2.Mohd Khairil Nizam-PK
3.Mohamad Fadhil Md Zonis-PK

Sprint Wanita Akhir bwh 15 tahun
1.Ezatie Fifiyana-PS
2.Siti Nur Alya-Trg
3.Fatin Najiha Halim-PP

Sprint Lelaki Akhir bwh 15 tahun
1.Wan Abd Rahman-Trg
2.Muhamad Nur Aiman-Jhr
3.Muhamad Harith Arief-Prk

Selepas tamat semua perlumbaan, sesi penyampaian hadiah telah berlangsung di mana En.Ahmad Nurzahin dari Pengurus Sukan Pelapis Serantau, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara masing-masing.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.