Tuesday, November 11, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014 : HARI KETIGA

Masuk hari ketiga Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 telah menyaksikan para peserta mula menunjukan peningkatan dan kesungguhan sepanjang 3 hari kem berlangsung. Pada awal pagi perhimpunan pagi dijalankan seperti biasa dan atlet juga melakukan regangan badan sebelum atlet melakukan latihan sejauh 30 km sekitar Ipoh.

Pada jam 8.00 pagi seramai 27 atlet telah melakukan kayuhan sejauh 30km di sekitar Ipoh. Latihan ini telah dipantau ketat oleh Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih Pelapis Negeri bagi memastikan arahan sentiasa dipatuhi oleh atlet. Selesai sesi latihan kayuhan para atlet dibawa ke veledrom Ipoh untuk melakukan aktiviti 'Cycling & Skills'. Dalam aktiviti ini Cikgu Suod memfokuskan kepada teknik membelok sewaktu kayuhan kerana banyak kesilapan dilakukan oleh atlet ketika latihan.

Pada sebelah petang, En Zamani Muhtarudin selaku Jurulatih Pelapis Serantau telah mengendalikan satu sesi kelas 'Introduction Road & Track Event. Sesi yang memakan masa hampir 2 jam ini banyak memberi manfaat kepada atlet terutamanya atlet yang baru berkecimpung dalam dunia basikal kerana masih ramai lagi peserta kem yang kurang berpengetetahuan tentang peraturan bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam kejohanan basikal. Setelah tamat sesi kelas, atlet menjalani latihan 'Standing Start' sebagai persediaan bagi mini pertandingan yang akan diadakan pada esok pagi. Aktiviti kem tamat pada sebelah petang dan akan disambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.